Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Jeti Bakan Dibina...

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan pembinaan dua buah...

Kajian Pedofilia: Ahli Akademik,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti ahli akademik dan profesional untuk...

Umat Islam Diseru Sabar...

KUALA LUMPUR – Umat Islam diseru untuk terus bersabar dalam menghadapi setiap dugaan...

Video: Ujikaji ‘Bodoh’ Terima...

VIDEO seorang wanita menjalankan ujikaji dengan membakar kepingan keropok yang dibelinya konon dakwa...

Satu Logo Strategi Terbaik UMNO, PAS

PENGGUNAAN satu logo merupakan strategi terbaik buat UMNO dan PAS.

Mengambil contoh pendekatan digunakan PH sebelum PRU14 lalu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, ia satu langkah menjamin sokongan padu kedua-dua penyokong di peringkat akar umbi.

“Sebelum isu penggunaan satu logo itu dimuktamadkan, mereka terlebih dahulu harus menjalinkan kerjasama ikhlas dan utuh. Bukan seperti sebelum BN berada dalam kerajaan sebelum ini.

“Tetapi saya percaya seperti diamalkan parti politik sebelum ini termasuk PH sebelum memerintah, itu satu langkah boleh menjamin kesatuan sokongan di peringkat akar umbi kedua-dua parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, sekiranya kerjasama itu dilakukan dengan baik, kedua-dua parti akan mendapat manfaat, sekali gus memberikan kesulitan buat PH yang kini berdepan krisis kepercayaan pengundi.

“Saya fikir kalau dapat dilakukan adalah baik, ia menguntungkan kedua-dua belah pihak. Harus diakui kebanyakan kerusi di negara ini terutama Semenanjung Malaysia kebanyakannya adalah kerusi majoriti Melayu.

“Jadi kalau mereka dapat agihkan kerusi tanpa ada konflik dan menjalinkan kerjasama seperti yang telah terbukti di kedua-dua PRK (Cameron Highland dan Semenyih), soal satu loga adalah langkah strategi dan harus dijelaskan di peringkat akar umbi dengan sebaik-baiknya,” katanya.


Semalam, Takiyuddin ketika ditanya adakah UMNO-PAS akan menggunakan satu logo pada PRU15 berkata, ia adalah perancangan kedua-dua parti dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan UMNO-PAS.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan satu perundingan di peringkat pusat.

Jelasnya, dua parti orang Melayu UMNO dan PAS perlu menjalinkan kerjasama secara formal untuk memastikan agenda penyatuan ummah dapat dijayakan. – Sinar Harian

Kategori