Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Anugerah Kampung Boy’ Iktiraf...

PUTRAJAYA - Kelab Kartunis Malaysia (KKM) akan menganjurkan satu majlis penganugerahan khas 'Anugerah...

Dadah: 2 Lelaki Tidak...

LUMUT - Biarpun pernah ditahan tiga kali atas kesalahan yang sama, dua lelaki...

Artis Veteran Latiff Borgiba...

AL-FATIHAH...Pelakon veteran yang terkenal dengan watak-wataknya yang memberi kesan kepada emosi penonton, Latiff...

Pembinaan Laluan Keluar MEX...

KUALA LUMPUR - Pembinaan laluan keluar Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Kuala Lumpur-Putrajaya...

Sasaran Imuniti Kelompok Semakin Hampir – PM

KUALA LUMPUR – Sasaran Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok semakin menghampiri kejayaan apabila 80 peratus populasi dewasa kini lengkap dua dos vaksin.

Perkembangan itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

“Teruskan usaha kita perangi Covid-19,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) di Twitter rasminya memaklumkan, seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Selain itu, 93.1 peratus atau 22,097,565 individu daripada populasi dewasa sudah menerima satu dos vaksin. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori