Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Beri Amaran Kepada...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan sahaja memantau kenderaan yang tidak menepati...

Shell Bekerjasama Dengan Pembuat...

KUALA LUMPUR - Shell Helix akan mencari lebih banyak perkongsian strategik dengan pembuat...

Kerajaan Malaysia Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pihak kerajaan Malaysia...

Kesuma Booty Meninggal Dunia

PENGGIAT muzik tanah air, Kesuma Booty meninggal dunia pada usia 69 tahun, hari...

Sasar Rt COVID-19 Kurang Daripada 1 Putuskan Kes Penularan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kepada kurang daripada satu dan kekal pada 0.5 untuk berjaya memutuskan dan membendung kes penularan virus itu di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau hari ini menunjukkan Rt COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara kurang daripada satu, iaitu pada 0.89 setakat semalam.

Beliau berkata kes harian COVID-19 dan jangkaan kes dari 20 September 2020 sehingga 31 Mei 2021 mengikut unjuran Rt COVID-19 adalah pada 1.1 dan 1.2.

Bagaimanapun, Rt COVID-19 di negara menunjukkan penurunan ketara sejak 31 Januari lepas iaitu daripada 1.16 sehingga 0.88 pada 11 Februari, sebelum meningkat ke 0.92  pada 13 Febrauri dan menurun semula ke 0.89 semalam.

Setakat semalam, jumlah kumulatif kes di seluruh negara adalah 264,269 dengan kes aktif 49,490, selain tujuh kematian dilaporkan. – BERNAMA

Kategori