Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Cedera Parah...

SEORANG pesara berusia 70 tahun, Mohamad Nasir Manas cedera parah digilis sebuah kereta...

196 Warga Asing Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan 196 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam...

Hefner Tawar Jual Playboy...

LOS ANGELES - Rumah Agam Playboy yang dikenali kerana penganjuran parti liar paling...

Difteria Masih Terkawal Di...

PETALING JAYA - Penyakit difteria, yang dikesan di negara ini bulan lepas, masih...

30,000 Unit Rumah Selangorku Dalam Tempoh 5 Tahun

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyasarkan untuk membina 30,000 unit rumah Selangorku dalam tempoh lima tahun akan datang (2018-2023), bagi memberi peluang rakyat di negeri ini memiliki kediaman masing-masing.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, 60 peratus adalah rumah Selangorku di bawah harga RM200,000 manakala 40 peratus lagi berharga di bawah RM250,000.

“Saya berharap selepas pembentukan kerajaan persekutuan yang sealiran dengan kerajaan negeri serta kolaborasi pintar antara agensi kerajaan seperti PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor) dan pemaju sebagai pemain industri, sasaran baharu kerajaan ini akan dapat dicapai.

”Usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan rumah Selangorku sejak 2014 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami berharap pemain industri akan terus komited menyediakan perumahan mampu milik di negeri Selangor ini,” katanya ketka berucap di seminar Pembangunan Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor anjuran LPHS di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan setiap di keluarga di Selangor mempunyai akses kepada kediaman mampu milik, kerajaan negeri turut membuat beberapa penambahbaikan termasuk pengurangan keluasan kediaman serta pengekalan densiti maksimum sehingga 120 unit rumah per ekar.


Amirudin berkata menerusi langkah itu diharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pemaju dan rakyat negeri ini.

“Kami sedia maklum kekangan yang dihadapi rakyat apabila berhadapan masalah untuk mendapatkan pinjaman yang besar dari pihak bank bagi membeli kediaman ini…dan bermula April tahun ini, kami telah membuat pengurangan keluasan kediaman rumah Selangorku daripada 1,000 kaki persegi kepada 900 kaki persegi.

“Menerusi langkah ini kami turut mengurangkan harga rumah sebanyak RM20,000 bagi setiap unit yang bertujuan membantu mereka mendapatkan pinjaman sekali gus memiliki kediaman tersebut,” tambah Amirudin. – BERNAMA

Kategori