Saring Semua Jemaah Tabligh Walau Tak Bergejala

PUTRAJAYA –┬áKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melakukan saringan terhadap kesemua jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini walaupun tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dicapai dalam perbincangan hari ini.

“Kita akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan mereka,” katanya.

Menurutnya, sekiranya disahkan positif, mereka akan dirawat di hospital.

“Sekiranya negatif, kita akan susuli rawatan lain,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, KKM telah membuat saringan terhadap 13,000 jemaah dan 6,700 sampel telah diambil.

“Daripada jumlah itu, 970 disahkan positif. Daripada 1,518 kes positif, sebanyak 62 peratus melibatkan kluster tabligh,” katanya.

Perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling baru- baru ini dihadiri oleh 14,500 jemaah.

Dr. Noor Hisham berkata, KKM telah mengenalpasti beberapa kluster terbaharu yang berkaitan dengan kluster tabligh.

“Antaranya, kluster perkahwinan dan surau yang secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan kluster tabligh,” katanya. – Sinar Harian

Loading...