Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MP Saran Audit Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Payung Gergasi Bakal Dipasang...

MAKKAH - Jemaah yang mahu melakukan tawaf di Masjidilharam atau pun yang menunaikan...

Terengganu Rekod Sahabat Gerah...

KUALA NERUS - Terengganu merekodkan pendaftaran tertinggi untuk program Sahabat Gerakan Revolusi Anti...

TH Atur Program Ziarah,...

MADINAH - Tabung Haji (TH) mengatur pelbagai program ziarah dan bimbingan agama bagi meningkatkan...

Sarawak Tutup Pintu Sempadan Hingga 3 Disember

KUCHING – Sarawak menutup pintu masuk sempadan sehingga 3 Disember depan berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negara ini.

Turut ditutup dalam tempoh sama, pelabuhan yang membabitkan urusan dengan Indonesia dan Filipina.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sempadan Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, Sarawak tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak tegas bagi melindungi rakyat daripada pandemik Covid-19.

“Kami (Jawatankuasa Sempadan) juga mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SMDC) untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pengunjung dari Sabah dan Semenanjung.

“Langkah ini perlu kerana gelombang baharu Covid-19 mungkin menyerang negara kita,” katanya.


Beliau turut menggesa agar langkah kawalan yang ketat perlu dilaksanakan di tempat kerja serta ladang yang mempunyai ramai pekerja asing.

“Sekarang Sarawak hampir bebas dari pandemik itu, namun dikhuatiri keadaan itu tidak lama jika kita tidak bersedia dengan melaksanakan langkah ketat untuk menghadapinya.

“Lebih baik melaksanakan langkah pencegahan yang ketat daripada kita menyesal kemudian nanti,” katanya. – myMetro Online

Kategori