Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bersara Menyanyi, Altimet Fokus...

PETALING JAYA - Penyanyi rap, Altimet memberikan fokus kepada perniagaan piza dan aplikasi...

Suspek Tembak Mekanik Masih...

KOTA KINABALU - Suspek yang menghilangkan diri selepas menembak seorang pembantu mekanik di...

Anjung Singgah Bantu NGO...

KUALA LUMPUR - Anjung Singgah bersedia menjadi pusat menyalurkan makanan kepada gelandangan bagi...

BN Minat Bertanding PRK...

KOTA KINABALU: UMNO Sabah berhasrat meletak calon mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi...

Sarawak Tidak Pernah Gugur Tuntutan Royalti Minyak 20%

PETALING JAYA – Kerajaan Sarawak tidak pernah menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20% daripada Petronas, tegas Pejabat Ketua Menteri.

Sehubungan itu katanya, rundingan dengan kerajaan persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.

“Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini (semalam) di portal berita dalam talian Star dan pelbagai portal lain, menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20% daripada kerajaan persekutuan. Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan,” menurut kenyataan itu dikeluarkan semalam.

Media melaporkan bahawa perunding utama menyatakan Sarawak akan menggugurkan tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas tetapi menuntut perjanjian perkongsian pengeluaran dan perjanjian lain.

Akhir September lalu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata kerajaan Sarawak sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan persekutuan, khusus membabitkan formula baharu meningkatkan penyertaan negeri ini dalam sektor minyak dan gas bersama Petronas.


Ketua Menteri, Abang Johari Abang Openg, berkata kertas cadangan itu menjurus pembabitan lebih meluas Sarawak, terutama bagi segmen komersial, tanpa menjejaskan Petronas sebagai syarikat minyak bertaraf antarabangsa.

“Kami tidak pernah meminta royalti (minyak) 20 peratus, itu adalah janji Pakatan Harapan (PH). Sekarang lain pula ceritanya. Bagaimanapun, saya sudah menghantar formula (kepada kerajaan persekutuan).

“Walaupun kami mengetahui status Petronas sebagai syarikat antarabangsa, ia tidak bermakna mereka harus menekan Sarawak membabitkan pendapatan hasil minyak. Kita ada formula mengekalkan Petronas sebagai syarikat antarabangsa,” kata beliau. – FMT

Kategori