Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah...

ADAKAH benar Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan tahun hadapan? Itu persoalan yang timbul apabila...

‘Oi! Muncul Juara RLIR...

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia merangkul kejuaraan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR)...

8 Rumah Musnah Dalam...

GEORGE TOWN - Lapan buah rumah papan di Kampung Telaga Rendah, yang terletak...

“Usah Papar Gambar Aib...

Dalam pada keinginan masyarakat untuk mengetahui perkhabaran terkini tentang nasib penumpang juga pesawat...

Sarawak Terus Usaha Atasi Isu Sekolah Daif

SIBU – Sarawak akan meneruskan usaha untuk mengatasi masalah sekolah daif di negeri itu bagi memastikan nasib pelajar luar bandar terbela.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi negeri, Dr Annuar Rapa’ee berkata meskipun bidang pendidikan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan, Sarawak tidak akan lepas tangan dalam mengatasi masalah tersebut.

“Oleh itu, di bawah Bajet 2019 Sarawak, kerajaan negeri memperuntukkan dana RM81.7 juta untuk membina semula, membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di negeri ini,” katanya pada Konvokesyen II Sekolah-sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka 2018 di sini hari ini.

Dr Annuar berkata terdapat 1,020 sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif, dan daripada jumlah tersebut 415 buah paling daif pada tahap tiga.

Pada tahap paling teruk itu, beliau berkata 75 peratus sekolah berkenaan tidak dapat digunakan lagi.

“Saya tidak mahu menuding jari siapa bersalah, siapa tidak bersalah dalam hal ini. Kita harus bergerak ke hadapan dan menyelesaikan masalah ini (sekolah daif) dengan secepat mungkin,” katanya.

Beliau yang telah melawat banyak sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak amat mengagumi pengorbanan guru-guru mendidik pelajar luar bandar walaupun terpaksa tinggal di rumah daif.


Sehubungan itu, katanya, sokongan rakyat di Sarawak perlu supaya permasalahan tersebut dapat diselesaikan.

Dalam pada itu, beliau berkata Sekretariat Pendidikan DUN Nangka akan meneruskan tuisyen-tuisyen percuma kepada pelajar bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah dalam kawasan DUN berkenaan.

Ini termasuk tuisyen percuma bagi pelajar UPSR dan SPM di 23 rumah panjang dalam kawasan itu, katanya. – BERNAMA

Kategori