Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Biadap, Bawa Anjing Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bertindak mencarut dan mengamuk selepas ditegur oleh pengawal...

Tiada GST Di Kedai...

IPOH - Kedai Bergerak 1Amanjaya (KB1AJ) tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Penerbangan Firefly Berpatah Balik...

GEORGE TOWN - Penerbangan Firefly yang sedang dalam perjalanan ke Subang dari Lapangan...

STOA Minta Kerajaan Beri...

SIBU - Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi...

`Sarawak Report’ Fitnah PAS Terima Rasuah RM90 Juta

KUALA LUMPUR – Selepas melemparkan pelbagai fitnah bagi menimbulkan persepsi buruk rakyat Malaysia ke atas kerajaan sendiri, laman sesawang Sarawak Report yang berpangkalan di Barat bertindak menyerang parti PAS pula.

Sarawak Report yang sebelum ini digembar-gemburkan kononnya `whistleblower’ oleh media propembangkang di sini mendakwa, pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman sesawang tersebut dipercayai menyerang PAS kerana parti Islam itu enggan berkerjasama dengan pemimpin Pakatan Harapan dan badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan parti terbesar kaum Melayu, UMNO.

“Hari ini Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini,” ujar Timbalan Pesiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim menegaskan PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan Sarawak Report tersebut yang mempunyai niat jahat untuk mencemar perjuangan PAS.


Tegas beliau, berita oleh Sarawak Report itu adalah palsu dan berniat jahat sekaligus menghakis kepercayaan rakyat Malaysia terhadap semua laporan mereka selama ini.

“Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya. Saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutama laporan Sarawak Report,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori