Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berita Dinantikan Pelabur ASNB!...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan...

Usahawan Raikan Pesta Iklan...

RATUSAN Produk Bumiputera yang selama ini gagal mendapat tempat di TV bakal muncul...

Azwan Kombos, Ezzaty Kongsi...

AZWAN Kombos dan Ezzaty Abdullah sempat berkongsi cerita tentang persiapan perkahwinan mereka ketika ditemui...

SRC: Najib Pilih Beri...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah...

Puad: Sanusi MB Kedah Paling Loklak – Dulu, Kini Dan Selamanya

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai menteri besar yang paling “loklak.”, lapor Malaysiakini.

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.

“Baik lagi KM (ketua menteri) Pulau Pinang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling ‘loklak’ ialah MB Kedah sekarang.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad di Facebooknya.

Bagaimanapun, dalam tulisan ringkas itu, Puad tidak menyatakan secara khusus berhubung isu sebenar yang dimaksudkannya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Puad untuk mendapatkan penjelasan mengenai hantarannya itu.


Meskipun begitu, rata-rata daripada warganet meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini saling berbalas kenyataan berhubung bola sepak.

Sebelum isu, Sanusi juga menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Kenyataan itu bagaimanapun ditegur oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor. Dia memohon maaf dan menjelaskan ia bukan bermaksud untuk menghina Pulau Pinang.

Awal tahun ini pula, terdapat perbalahan antara Sanusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow apabila Sanusi dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah jika masalah itu tidak selesai.

BACA – Mungkin Beberapa Bulan Lagi, Sanusi Dah Takda Sape Pedulik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori