Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Tapah: Reman...

TAPAH - Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi...

Tak Boleh Melebihi 20...

SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Keputusan...

Pemimpin UMNO, MCA Perlu...

KUALA LUMPUR - UMNO dan MCA harus bertaubat, selain tampil mengemukakan permohonan maaf...

Sirul Azhar Ditahan Imigresen...

TERTUDUH kes bunuh Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan...

Sanjeevan Jangan Mengajar Polis – KP Perlis

KANGAR – Polis memberi amaran kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan untuk tidak membuat tuduhan melulu ke atas PDRM berhubung dakwaannya terdapat pihak cuba ‘menutup’ satu kejadian cabul membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang VVIP yang juga ahli parlimen, baru-baru ini.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten KomisioneMohd berkata, Sanjeevan tidak mengetahui prosedur sebenar yang dilakukan oleh pihaknya.

“Aduan itu sudah ditarik balik oleh pengadu pada hari yang sama dia membuat laporan kepada pihak polis minggu lalu.

“Walaupun aduan sudah ditarik balik, pihak polis masih melakukan siasatan dan sudah ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan.

“Malah pihak polis kini sedang mendapatkan nasihat dari Timbalan Pendakwa Raya mengenai kes ini sama ada ia boleh diteruskan untuk pendakwaan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Noor Mushar berkata, sebaiknya Sanjeevan jangan turut campur kerana dibimbangi dia didakwa kerana sedang mengganggu siasatan polis.

“Kita tidak melindungi sesiapa meskipun pesalah itu dari golongan kelas atasan sekalipun.


“Seeloknya dia tidak mencampuri urusan polis kerana dakwaan yang dilakukannya seolah dia tidak mengetahui prosedur yang dijalankan pihak kami,” katanya.

Sebelum ini, Sanjeevan menerusi beberapa ‘thread’ (bebenang) di akaun Twitternya mendedahkan kejadian ini dan berkata beliau berasa pelik mengapa ahli parlimen itu sehingga kini masih belum ditangkap sedangkan laporan polis sudah pun dibuat oleh mangsa.

“Kejadian kanak-kanak berusia 15 tahun adalah sangat serius dan saya harap @PDRMsia akan menjalankan satu siasatan yang telus dan teliti.

“Harap tidak ada cubaan untuk ‘cover up’ (menyelindungi) kerana ia membabitkan VVIP yang juga seorang bekas menteri,” katanya menerusi salah satu posting di akaun Twitternya yang dimuat naik pada jam 11.50 malam tadi. – BH ONLINE

Kategori