Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penculikan Dekat Kawasan Kawalan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menyiasat bagaimana insiden penculikan bersenjata yang berlaku di...

Hishamuddin Bangga Tindak Pantas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meluahkan rasa bangga dengan...

PKR Gesa Tindakan Ke...

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak berkuasa...

NGO Empower Disyaki Terima...

KUALA LUMPUR - Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang...

Sanjeevan Dibebas Tuduhan Memeras Ugut

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan dilepas dan dibebas tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang anak bekas pesuruhjaya polis Sabah, empat tahun lepas.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sanjeevan, 34, pada akhir kes pendakwaan.

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sanjeevan. Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh. Wang jaminan RM2,500 dikembalikan kepada tertuduh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemerasan bagi mendatangkan ketakutan terhadap Mohamad Azhan Hamza, 34, di Restoran Marakesh, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini pada 9 malam, 22 Mei 2014.

Tertuduh yang diwakili peguam S. Preakas didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memanggil tujuh saksi pada perbicaraan kes itu.


Pada 16 Ogos 2016, Sanjeevan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori