Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Tiga Pula...

SEREMBAN - Pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),...

Keputusan RoS Elak Perpecahan...

IPOH : Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menerima permohonan pindaan Perlembagaan UMNO menangguhkan...

Bon Samurai Banyak Faedah...

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa konon tawaran jaminan penerbitan...

Pelajar UMS Maut Dalam...

LABUAN - Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut apabila kereta yang...

Sanggup Tolak Sentuh Bukan Mahram – Riz

PETALING JAYA – Sekalipun memilih bidang lakonan sebagai sumber pendapatan, bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim keempat, Riz Ismail, tetap berpegang kepada prinsip enggan menyentuh teman gandingan bukan mahramnya.

Kata Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 23, dia sanggup menolak tawaran yang memerlukannya berbuat demikian sekiranya perbincangan bersama wakil produksi tidak membuahkan hasil.

Tegasnya, walaupun sudah menjadi pelakon, dia akan terus menghormati latar belakangnya yang datang daripada program realiti keagamaan.

“Saya memang takkan bersikap ekstrem selepas menceburi bidang seni ini. Jadi, saya tidak boleh nak kata apa kalau ada yang menganggap watak lakonan saya sama sahaja, iaitu lelaki alim atau ustaz.

“Saya sendiri akan berbincang dengan pengarah atau pihak produksi jika ada tawaran memerlukan saya menyentuh pelakon wanita bukan mahram. Jika tidak, saya akan menolaknya sahaja.

BARISAN pelakon Selafaz Cinta pada sidang akhbar drama berkenaan TGV 1 Utama. – Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

“Saya faham, bukan mudah untuk orang luar memahami corak permainan industri drama atau filem kita, namun saya akan tetap kekal sebegini. Saya juga yakin, rezeki berada di mana-mana dan Allah sudah menentukannya untuk kita,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Selafaz Cinta terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd.

Menurut Riz, selepas menamatkan saingan dalam program realiti terbabit, undangan untuknya berceramah tidaklah sebanyak yang diterima beberapa personaliti lain.

“Jadi, apabila ada yang mencadangkan saya mencuba arena lakonan bersandarkan rupa paras dimiliki, saya akur.

“Saya percaya, sesebuah karya tetap mempunyai mesej yang baik untuk penonton, justeru ia menjadi medan untuk saya berdakwah menerusi seni,” katanya.


Menyentuh drama terbaru lakonannya itu, Riz berkata, dalam karya arahan Pali Yahya dan Eez Jalaluddin itu, ada juga babak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Namun, selepas berbincang dengan pihak produksi, beberapa teknik tertentu seperti helah kamera digunakan bagi memaparkan situasi itu.

“Dalam drama ini, saya memegang watak Ustaz Faqih yang dilihat seperti mengidamkan gadis bernama Jannah, lakonan Syatilla Melvin,” kata Riz yang pernah melakonkan watak antagonis dan lelaki mata keranjang dalam Lelaki Kiriman Tuhan terbitan Zeel Production.

Riz juga baru saja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, Ada Apa Dengan Dosa. – BH ONLINE

Kategori