Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

Cipta Baju Besi Sebab...

KABUL— Seorang artis muda Afganistan mencetuskan gempar di negaranya apabila mencipta baju besi...

Akaun BERSATU Masih Dibeku

KUALA LUMPUR : Beberapa akaun milik parti BERSATU masih lagi dibekukan setakat hari...

USM Tempat Ke-14 Universiti...

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-14 dalam penarafan universiti muda...

Sandra Bullock Teruja Dapat ‘Anak’ Baru

JIKA sebelum ini pelakon terkenal Angelina Jolie terkenal dengan sikap prihatinnya mengambil anak-anak kecil yang miskin dari seluruh dunia untuk dijadikan anak angkat, kini Sandra Bullock turut melakukan perkara yang sama.

Sandra Bullock minggu ini mendedahkan dalam majalah People dia kini lebih gembira dengan kehadiran anak angkat barunya, Laila. Laila merupakan anak angkatnya yang kedua selepas Louis Bardo Bullock.

Berkongsi perasaannya setelah melihat wajah Laila, Sandra berkata dia dapat berasakan yang anak kecil tersebut muncul pada waktu yang sangat bersesuaian.

Tambahnya lagi, proses untuk mendapatkan ‘anak’ keduanya ini memakan masa hampir tiga tahun untuk direalisasikan.

Sebelum ini Laila yang kini berumur 3 tahun setengah merupakan anak kecil yang berada di bawah jagaan sebuah pusat perlindungan di Louisiana.


Sandra, 51,  begitu teruja mengenai anak barunya itu.

Bagi berkongsi kegembiraan bersama peminat, dia menghiasi kulit depan majalah berkenaan bersama kedua-dua anaknya. – MYNEWSHUBCC

Oleh: SyafikJalil

https://www.youtube.com/watch?v=8YuauP3s5to

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori