Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Peniaga Hadapi 6 Pertuduhan...

MELAKA - Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Nama Jho Low Tak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu yang nama ahli perniagaan dalam...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di...

2 Bekas NUJ Tempelak...

KAMI akui pernah dibuang kerja dari Utusan Melayu (M) Berhad atas perjuangan bersama...

Samun Bersenjata: Mahkamah Tambah Hukuman Penjara

KUALA LUMPUR – Padah buat dua sahabat kerana terpaksa menjalani hukuman penjara lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menaikkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada tujuh tahun kerana samun bersenjatakan pisau di sebuah kedai serbaneka KK Mart.

Hakim Datuk Azman Abdullah juga memerintahkan Adly Azman, 26 dan Aszrul Nizam Zainal Badol Hizam, 24, yang merupakan jiran, dikenakan tiga sebatan rotan setiap seorang.

Azman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aznika Mohd Anas terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga tahun tanpa sebatan terhadap kedua-dua responden (Adly dan Aszrul Nizam).

“Kalau bawa senjata (sahaja) pun, sudah memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun, apatah lagi membawa senjata dan melakukan kesalahan samun,” kata hakim itu yang memerintahkan kedua-dua responden menjalani hukuman penjara bermula 15 Mac lepas, iaitu tarikh mereka dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua lelaki berkenaan selepas mereka mengaku bersalah melakukan samun berkumpulan bersenjatakan pisau pemotong sayur terhadap seorang juruwang warga Bangladesh, Md Abu Satter, 22, dengan mengambil wang RM386.70, sebuah telefon bimbit, sekeping coklat, sebekas aiskrim, seunit alat bantuan digital peribadi (PDA), 186 kotak rokok pelbagai jenis yang kesemuanya berjumlah RM8,055.60.

Mereka melakukan kesalahan itu di KK Supermart, Jalan Suasa Pekan, Sg Besi, Cheras, di sini pada 4 pagi, 22 Ogos 2017.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa sedang berada di hadapan kedai serbaneka itu, dia telah didatangi dua lelaki itu yang mengacukan pisau pemotong sayur ke arahnya dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kedai untuk membuka peti wang.

Mangsa yang ketakutan kemudian mengikuti arahan kedua-dua lelaki itu serta menyerahkan semua wang yang ada di dalam peti tersebut dan mereka juga turut mengambil barangan lain di dalam kedai sebelum melarikan diri. – BERNAMA

Kategori