Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA: Futsal Wanita...

SHAH ALAM - Skuad futsal wanita kebangsaan tetap optimis mampu menghadiahkan  pingat buat negara pada Sukan SEA...

Op Soga : 17...

KUANTAN - Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terlibat dengan penganjuran perjudian sempena...

Masyarakat PD Taruh Harapan...

PORT DICKSON - Masyarakat di kawasan Parlimen Port Dickson mengharapkan pengalaman yang ada...

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan...

KUALA LUMPUR : Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai...

Samsung Perkenal Galaxy A9 Dengan Kamera Kuad 24 Mp

KUALA LUMPUR – Telefon pintar siri Galaxy A jenama terkemuka Samsung diperhebatkan lagi dengan kehadiran model A9 terbaharu bersama fungsi kamera kuad lensa 24 megapiksel (MP) pertama di dunia.

Kamera kuad Galaxy A9 memberikan pengguna lebih banyak cara untuk meneroka kreativiti dan merakam imej tajam yang menakjubkan.

“Sebagai peneraju global dalam inovasi telefon pintar, kami memahami kepentingan terhadap permintaan untuk inovasi bermakna dalam dunia pantas yang didorong oleh komunikasi visual,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Samsung Electronics IT dan komunikasi bahagian mudah alih, DJ Koh, semasa pelancaran telefon tersebut kepada 300 tetamu di sini, hari ini.

Acara pelancaran tersebut turut dibuat secara lintas langsung kepada pengamal media di luar negara.

Peranti ramping, dengan rekaan yang ergonomik serta gelas belakang melengkung dengan ciri tiga dimensi (3D) itu boleh didapati dalam tiga warna unik seperti Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.


Telefon pintar Galaxy A9 turut direka dengan fungsi yang lebih mudah untuk digunakan terutamanya dengan aplikasi dalaman seperti Samsung Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Galaxy A9 boleh mula dibeli di sini tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a9-a920/SM-A920FZBDXME/. – BERNAMA

Kategori