KUALA LUMPUR – Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh mula di tempah menerusi laman web rasmi syarikat itu bermula 10 pagi esok sehingga 28 Februari.
Kesemua tiga model dalam siri Galaxy S10, iaitu S10 Plus, S10, dan S10E berharga antara RM2,699 hingga RM4,599.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih, D.J. Koh berkata, siri Galaxy S10 disasarkan bagi mereka yang mahukan telefon pintar premium dengan prestasi berkuasa tinggi.
“Bagi mereka yang mencari peranti dengan prestasi terbaik, Galaxy S10 Plus memenuhi setiap spesifikasi daripada paparan, kamera hinggalah kepada prestasinya yang tinggi.
“Sementara itu Galaxy S10E dibangunkan bagi pelanggan yang mahukan semua keperluan premium dalam pakej kompak di skrin rata,” katanya semasa previu siri Galaxy S10, di sini hari ini.
Menurutnya, telefon pintar premium itu menjadi penanda aras bagi telefon mudah alih generasi seterusnya.
Sejak pelancarannya sepuluh tahun lalu, siri Galaxy S telah dikenali dengan inovasi premium dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
Menurut Koh, tempat bagi pelancaran rasmi telefon pintar Galaxy S10 adalah di Genting Highlands pada 1 Mac.
Dengan tiga warna untuk dipilih, Prism White, Prism Black dan Prism Green, telefon pintar ini telah diiktiraf oleh pengulas di seluruh dunia bagi paparan terbaik dalam kelasnya, reka bentuk, kamera dan inovasi prestasi.
Pelanggan yang ingin membuat tempah akan menerima hadiah menarik seperti Galaxy Buds, perlindungan skrin dan jam Galaxy yang bernilai antara RM639 dan RM1,479.
Bagi maklumat lanjut mengenai siri Galaxy S10, pelanggan boleh melayari http://news.samsung.com/my, http:www.samsungmobilepress.com atau www.samsung.com/galaxy. – BERNAMA