Samsung Galaxy J Yang Mesra Bajet Pengguna

JENAMA Samsung sering dikaitkan dengan telefon pintar jenis premium hingga ada ‘takut’ mahu melihat tanda harga kerana beranggapan ia mungkin bukan mampu milik untuk mereka.

Namun, langkah terbaharu Samsung menjanjikan senyuman lebar apabila melancarkan telefon mesra bajet kategori Galaxy J Pro (2017) dengan tiga model iaitu J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro.

Ketiga-tiganya hanya dijual masing-masing pada harga RM699, RM1,149 dan RM1,299.

Antara keunikan bagi ketiga-tiga peranti pintar ini adalah jaminan dua tahun berbanding setahun yang biasa dilakukan pengeluar.

Bagaimanapun, ia hanya untuk mereka yang mendapatkan peranti berkenaan sebelum 30 September 2017 sahaja.

Galaxy J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro masing-masing mempunyai skrin 5.0 inci (TFT), 5.2 inci (HD Super AMOLED) serta 5.5 inci (HD penuh Super AMOLED).

Model paling murah, J3 Pro direka dengan pemprosesan jenis quad core 1.4GHz manakala dua model lain dijana berdasarkan pemprosesan octa core 1.6GHz.

Semuanya mempunyai kamera beresolusi 13 megapiksel namun dibezakan dengan apertur f1.9 bagi J3 Pro manakala dua model lain pula jenis f1.7.

Jika anda mahu memilih warna, pilihan biru, merah jambu, hitam atau emas boleh disambar.

Model J5 Pro dan J7 Pro mempunyai pengimbas cap jari di depan berbanding J3 Pro yang tidak memiliki keupayaan terbabit.

Siri Galaxy J 2017 ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan menggunakan rekaan kerangka logam.

Kepada yang berminat, anda sudah boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...