Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Korban Koronavirus Di...

MOSCOW - Jumlah kematian akibat novel koronavirus di China meningkat kepada 563 orang...

Rakyat Kelantan Masih Kuat...

KUALA KRAI telah diselaputi debu tebal yang disebabkan oleh kenderaan yang bergerak melalui...

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung...

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di laut di 4.3 batu...

Polis Tahan 6 Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes culik...

Samseng Jalan Raya Sudah Ditangkap

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes dua lelaki tunjuk isyarat lucah dan mengugut pengguna jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang berjaya diberkas bersama tiga rakannya di Simpang Renggam, Kluang dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 5.30 petang selepas siasatan dijalankan.

“Hasil siasatan dijalankan pihak kita berjaya mengenal pasti kedudukan suspek dan kita berjaya menahan suspek utama bersama tiga rakan sepenjenayah di Simpang Renggam pada pukul 5.30 petang semalam.

“Kesemua suspek juga didapati terlibat dalam 11 kes samun di sekitar daerah Johor Bahru dan kita masih memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khalil berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.


Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang, 3 Jun lalu, dua lelaki bertindak samseng apabila menunjukkan isyarat lucah dan mengugut menggunakan sebilah parang ke atas pengguna jalan raya.

Kejadian itu hanya gara-gara suspek tidak diberi ruang untuk memotong ketika jalan raya sedang sesak.

Kategori