Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRK K. Kangsar: Calon...

KUALA KANGSAR - Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK)...

KKM Nafi Manipulasi Data...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan memanipulasi data harian kes Covid-19...

Lesen Khas Umrah Sudah...

PUTRAJAYA - Lesen Khas Umrah (LKU), yang dilancarkan secara rasmi pada Selasa untuk...

Ancaman Pengganas: Polis KL...

KUALA LUMPUR -- Polis hari ini memberi jaminan bahawa keselamatan di ibu kota...

Sambutan Hari ATM Ke-88 ‘Menggerunkan’

PORT DICKSON – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyifatkan pertunjukan Sambutan Hari ATM ke-88 sebagai menggerunkan.

“Pertama kali saya ingin mengucapkan syabas atas pertunjukan yang ditunjukkan pada awal tadi dimana saya ingin mengatakan di sini bahawa itu adalah satu pertunjukkan yang yang menggerunkan. Syabas.

“Sekarang saya nak beritahu bahawa kamu semua sudah bersedia untuk demonstrasi berkelas dunia,” katanya dalam ucapannya pada Perbarisan Hari ATM ke-88 di Kem Segenting di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Seramai 2,500 orang pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam menjayakan sambutan itu.

Sambutan pada tahun ini buat julung kalinya diadakan di kem berkenaan secara fizikal mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang terkawal tanpa kehadiran penonton dari masyarakat setempat atau luar.


Pelaksanaan Latihan Kesiagaan yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Acara itu juga secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas utama bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpeliharan.

Keupayaan yang ditonjolkan juga sebagai keyakinan kepada takyat bahawa kesiagaan ATM pada tugas utama tidak terjejas walaupun kini tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas sekunder membantu negara menangani wabak Covid-19.

Antara aset yang terlibat ialah kereta kebal Pt 91M Pendekar, kenderaan perisai 8X8 Gempita, helikopter Agusta, kapal perang KD Mahawangsa dan pesawat tempur Sukhoi. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori