Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

18,000 Pil Kuda Bernilai...

KOTA BHARU - Polis menahan seorang pemuda berusia 22 tahun dan merampas 18,000...

Mayat Warga Emas Reput...

MAYAT seorang warga emas yang kesunyian ditemui reput di atas sofa di dalam...

Pebilik Sewa Harga Rendah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah...

iPhone 6S Plus Mengalami...

SEBELUM ini, timbul isu chipgate apabila peranti iPhone 6S dan 6S plus didapati menggunakan...

Sambut Baik Nasihat Agong Pastikan Kestabilan Kerajaan PN

PUTRAJAYA – Kerajaan Perikatan Nasional menjunjung kasih di atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai titah Seri Paduka Baginda.

“Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Seri Paduka Baginda bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

“Jemaah Menteri berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, keutamaan jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19. – BERNAMA

Kategori