Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Inovasi ‘Smart Drain’ Mampu...

KULIM - Inovasi Smart Drain Dwi-Sistem Perparitan Eco-Green (Smart Drain) ciptaan Majlis Perbandaran...

Isu Ceroboh Nelayan Asing...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa...

Lelaki Parah Dihempap Kereta...

KUALA TERENGGANU - Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas...

“Achik Pergi Dulu Untuk...

TERLALU rindu dengan arwah abangnya, adik kepada Allahyarham Achik (Spin) mengakui dia sering...

Sambut Aidilfitri Dengan Konsep ‘Ziarah Terdidik’

KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri pada tahun ini perlu diraikan dengan penuh kesyukuran di samping mematuhi arahan serta saranan kerajaan berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, masyarakat masih berpeluang berkongsi kemeriahan Aidilfitri dengan mengamalkan konsep ‘ziarah terdidik’ dan mendisiplinkan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, kemeriahan Aidilfitri tidak akan terjejas walaupun ia hanya disambut bersama jiran terdekat dan ahli keluarga yang tinggal dalam negeri serta tidak melibatkan lebih daripada 20 orang berkumpul pada satu-satu masa.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata, masyarakat masih mempunyai pilihan untuk meraikan Syawal dengan cara yang selari dengan normal baharu.

“Walaupun ia tidak mungkin semeriah sambutan tahun sebelum ini yang menyaksikan amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka

“Janganlah dek kerana keghairahan dan kecuaian kita, menjadi asbab kepada wujudnya kluster baharu yang membawa kepada peningkatan kes positif Covid-19,” katanya dalam perutusan Ketua Polis Negara sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 hari ini.

Abdul Hamid berkata, bagi mereka yang berada di perantauan, suasana hiba dan kerinduan menyambut pagi Syawal bersama ibu dan bapa di kampung halaman pastinya akan menyelubungi sanubari kerana perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan.


“Namun, anggaplah ia sebagai satu pengorbanan terbesar seorang anak kepada ibu bapa tercinta, demi memastikan mereka terhindar daripada risiko dijangkiti wabak ini,” katanya.

Abdul Hamid juga yakin pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak sama sekali melemahkan semangat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus berusaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Warga PDRM yang membarisi benteng pertahanan hadapan, andalah wira di hati masyarakat dan negara. Yakinlah, bahawa setiap kudrat yang dikerah, lelah yang dihela, keringat yang mengalir dan titisan air mata yang jatuh dalam perjuangan ini, akan sentiasa diiringi dengan doa serta harapan daripada seluruh ahli keluarga dan masyarakat.

“Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai dan kita harus menang dalam memerangi ‘musuh senyap yang tidak kelihatan’ ini.

“Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kekuatan dan perlindungan daripada Ilahi, semoga sujud bakti sepenuh hati yang kita curahkan selama ini, beroleh ganjaran yang tidak ternilai dari-NYA,” katanya.

Kategori