Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Panel Hal Ehwal...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan akan bersidang selama...

Felda Bakal Wujud Sekolah...

TANJUNG MALIM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengadakan kerjasama dengan Khaza­nah...

4,949 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu kes Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan...

Lebih 100 Korban Serangan...

DAMSYIK - Jumlah kematian akibat serangan udara tentera Syria terhadap sebuah pasar di...

Saman Rosmah, Barang Kemas Disita Polis

BONGKAR… Dakwaan pihak polis kononnya barang kemas disita di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan kes 1MDB mula terungkai apabila ia sebenarnya hanya dipinjam dari luar negara.

Ia terbukti apabila isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disaman seorang tukang emas Lubnan hampir RM60 juta selepas 44 barangan itu dihantar kepadanya pada Februari, tetapi dirampas polis akhir Mei lalu.

Kes itu terbongkar apabila sebuah portal berita tempatan Malaysiakini berjaya memetik dokumen Global Royalty Trading (GRT) yang bertindak memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Menurut laporan itu, antara barang kemas tersebut termasuklah kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, yang setiap satu dianggarkan bernilai antara AS$124,000 (RM499,000) hingga AS$925,000 (RM3.7 juta).

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan itu. Dalam tuntutannya, GRT memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka ialah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

“Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan berkenaan, tetapi kesemua barangan itu tidak lagi berada dalam jagaannya kerana ia sudah dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia,” menurut tuntutan itu.

Firma itu juga memohon perintah mandatori ahar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar bayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Firma yang berpangkalan di ibu kota Lubnan, Beirut itu juga mendakwa Rosmah merupakan pelanggan lama, dan syarikat itu dikenali kerana sering menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

GRT mendakwa sebelum ini, pihaknya menghantar barang kemas kepada Rosmah untuk dipilih dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga. Manakala barang kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan ke negara itu.


Rosmah juga dikatakan meminjam barang kemas tersebut yang disertakan dengan memorandum penyerahan, dan dia atau ejennya akan menerima barangan itu sama ada di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai, UAE.

Pada Mei lalu, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah di ibu negara, dipercayai konon ada kaitan dengan Najib dalam siasatan kes 1MDB.

Pada 27 Jun lepas, pihak polis dengan bangga mengumumkan bahawa hasil pengiraan ke atas beg tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai yang dirampas itu berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Polis turut merampas 12,000 jenis barang kemas dalam 25 beg yang semuanya berjumlah RM440 juta, termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 kerongsang, 2,800 pasang subang dan 14 tiara.

“Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan di premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta.” Harga itu hanya kos berlian dan emas yang tidak termasuk upah mereka bentuk dan pertukangan.

Namun pengumuman itu ditempelak Najib dan pengkritik kerana disifatkan cubaan aib bermotif politik sebagai mana kes liwat Anwar Ibrahim apabila tilam diusung ke mahkamah bagi wujud persepsi negatif. – Mynewshub.TV

Kategori