Saman Ibu Bapa Kerana Lahirkannya Tanpa Izin

SEORANG pemuda berusia 27 tahun dari New Delhi, India mahu mengambil tindakan terhadap ibu bapanya di mahkamah, kerana kedua-duanya ‘membawa’ dia ke dunia ini tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu.

Raphael Samuel yang merupakan anti-natalism (mempunyai kefahaman yang mempunyai penilaian negatif terhadap kelahiran), kerana melahirkan makhluk tanpa meminta persetujuan mereka adalah salah secara moral.

Raphel tidak mempunyai sebarang tentangan terhadap kanak-kanak atau kehidupan mereka, dia hanya percaya bahawa kehidupan yang tidak mendapat persetujuan tidak seharusnya dibawa ke dunia ini.

Menganggap dirinya adalah mangsa kehidupan, pemuda itu merancang membawa ibu bapanya ke mahkamah.

“Saya sayang ibu bapa saya, dan kami mempunyai hubungan yang baik, tetapi mereka mempunyai saya di atas keseronokan dan nikmat mereka.

“Kehidupan saya memberangsangkan, tetapi saya tidak melihat mengapa saya sepatutnya meletakkan kehidupan lain melalui persekolahan dan mencari kerjaya, terutama bila mereka tidak bertanya untuk mewujudkannya,” katanya. – odditycentral

Loading...