Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang...

Tangkapan Polis Marin Meningkat...

JOHOR BAHRU - Jumlah tangkapan yang dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 meningkat...

3 Anggota Polis Cedera...

KUANTAN - Tiga anggota polis yang baru selesai melakukan rondaan cegah jenayah cedera...

Pastikan Calon BN Mampu...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan bakal calon yang akan...

Sam, Syatilla Akhirnya Dedah Wajah Anak… COMEL!!

SELEPAS 46 hari dilahirkan, pasangan selebriti terkenal, Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin akhirnya mendedahkan wajah anak sulung buat pertama kali kepada peminat menerusi laman Instagram.

Gambar anak lelakinya itu di-repost dari sebuah akaun baharu yang diwujudkan khas untuk anaknya.

Tidak sampai beberapa jam akaun itu diwujudkan, akaun Instagram anak Sam dan Syatilla, Syeriv Samheizy sudah mempunyai lebih 30,000 pengikut.

Menerusi gambar yang dikongsi, Sam berkongsi gambar anaknya yang berbaring di katil bayi yang direka khas dengan ejaan anaknya.

“Assalamualaikum semua!!!  Im Home!!! Nama saya Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pulak nama Ibu.

“Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 Mei 2017 kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. Hari ni umur saya 46 hari. Kalau rasa susah nak sebut nama saya, Bapak selalu panggil Bebiboi aje.

“Syeriv ni Bapak cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. Alaa, bunyinye sama aje. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama.


“Tapi Samheizy ni saya tak tau maksud apa. Bapak cakap nama tu melambangkan seorang yang Handsome, Bergaya, Macho tapi Comel dan Berbau Wangi. Tapi saya tak percaya.

“Ibu pun tak percaya. Ibu cakap yang Bapak tak macam tu pun . P/S : BAPAK SAYA COOL!,” tulis Sam yang yang ditulis seolah-olah Sheriv.

Pastinya raya ini lebih bermakna buat pasangan ini dengan kehadiran si kecil ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori