Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Cetuskan Api Perselisihan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Gagal Dikesan 5 Negara,...

JAKARTA – Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) yang mengurus segala operasi mencari...

Letupan Bom Muadzam Shah...

ROMPIN - Polis tidak menolak kemungkinan letupan di sebuah bank di Muadzam Shah...

Datuk Muhammad Ibrahim Dilantik...

DATUK Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun...

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat pengumuman itu berkata perkara itu diputuskan dalam perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah di sini hari ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO mengambil alih tugas itu daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

“Kami yakin (Pengerusi Perhubungan UMNO) Tan Sri Musa Aman akan memfokuskan (perhatiannya) terhadap permasalahan perundangan yang beliau sedang tangani terutama dari segi petisyen (mengenai kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah).

“Ini adalah keputusan utama yang dibuat dalam perjumpaan ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di sini hari ini.


Polis Sabah kini masih berusaha untuk mengesan Musa bagi mengambil keterangannya mengenai dakwaan ugutan jenayah berdasarkan laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Musa juga telah memfailkan saman terhadap Juhar dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi mencabar kesahihan perlantikan itu serta meminta mahkamah untuk mengiktiraf beliau (Musa) sebagai ketua menteri yang sah. – BERNAMA

Kategori