Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penyelidik USM Cipta Alat...

GEORGETOWN - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak...

Tiada Unsur Mistik, Budak...

Langkawi: Kanak-kanak berusia enam tahun memandu Toyota Vios milik keluarga sehingga terbabit dalam...

Maya Karin Mahu Bersara...

TERNYATA Maya Karin berjaya 'memperbodohkan' peminatnya apabila rata-rata percaya tweet yang dibuatnya, konon mahu bersara...

BN Tak Pandang Mudah...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang mudah terhadap cabaran pertandingan...

Salahuddin Setuju Cadangan Potong Elaun MP Tak Hadir

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan supaya elaun bulanan Anggota Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat dipotong sekiranya ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat.

Timbalan Presiden Amanah itu berkata tindakan itu boleh diambil jika Anggota Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.

“Itu saya setuju, jika betul tanpa sebab kukuh saya rasa munasabah untuk parti mereka sendiri ambil tindakan. Kalau ada perancangan pemotongan elaun itu terpulang kepada peraturan Parlimen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas status Twitter bekas menteri kebinet Tan Sri Rais Yatim yang menyatakan cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat tidak cukup korum adalah melalui potongan elaun bulanan Anggota Parlimen mengikut kadar arahan Jawatankuasa Pemilih Dewan.

Rais turut mencadangkan supaya nama-nama Anggota Parlimen yang disifatkannya sebagai ‘malas’ itu didedahkan di dalam akhbar dan media sosial.


Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kulai, berkata keadilan perlu diberikan kepada anggota Parlimen untuk menjelaskan mengapa mereka yang tidak hadir persidangan Dewan Rakyat,

“Jangan hanya keluar gambar Dewan (Rakyat) kosong, kita terus buat kesimpulan tetapi berilah peluang kepada mereka untuk menjelaskan mengapa mereka tak hadir, Dalam masa dua tahun ini mungkin kita boleh mengukur siapa yang sengaja tidak hadir, dari situ kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tertangguh seketika kerana tidak cukup korum — BERNAMA

Kategori