Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPR Hantar Kad Pengundi...

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter’s card)...

Mesyuarat EAC Bincang Maklum...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan membincangkan maklum balas golongan...

Polis Trafik Iring Kenderaan...

Georgetown : Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang...

Nak Kurus Punya Pasal,...

FUHHH… Dalam beberapa bulan ini sahaja nama pelakon jelita, Uqasha Senrose dilihat sudah...

Salahuddin Minta Selesai Senyap Isu Agihan Kerusi

KUALA LUMPUR – DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) digesa menyelesaikan isu pengagihan kerusi yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) secara senyap-senyap.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menegaskan, isu pengagihan kerusi dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan termasuk PPBM perlu diuruskan secara dalaman.

“Perkara besar yang perlu diselesaikan oleh Pakatan Harapan seperti pengagihan kerusi, pemilihan calon serta perancangan strategik boleh diselesaikan secara senyap dan diuruskan secara dalaman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang yang diketuai parti sekular DAP dan bakal disertai PPBM tidak lama lagi. PPBM merupakan parti politik baru yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

DAP, PKR, PAN dan PPBM bagaimanapun sehingga hari ini gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh parti-parti terbabit dalam PRU14.

Ada desas-desus DAP selaku ‘abang besar’ dalam pakatan pembangkang mahu lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN diserahkan kepada parti itu.

Kehendak DAP menimbulkan keresahan sebilangan pemimpin PKR dan PPBM yang mahu parti mereka mendominasi pencalonan pembangkang dalam PRU14.


Sebelum ini terdapat pendedahan mengenai rancangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri sementara dan calon Timbalan Perdana Menteri daripada DAP jika Pakatan Harapan dapat merampas pemerintahan negara.

Salahuddin dalam pada itu menggesa Pakatan Harapan mengemukakan satu lagi ‘Buku Jingga’ seperti yang pernah dikeluarkan pakatan pembangkang dalam PRU13 pada PRU kali ini.

Beliau mendakwa ‘Buku Jingga’ yang mengemukakan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat jika memilih pembangkang pada tahun 2013 terbukti berjaya mempengaruhi orang ramai menyokong mereka waktu itu.

Malangnya, kebanyakan janji dalam ‘Buku Jingga’ tidak pernah dilaksanakan oleh parti pembangkang walaupun berjaya memenangi beberapa negeri dalam pilihan raya tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori