Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Terhumban...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke dalam gaung sedalam kira-kira...

JAS Siasat Premis Cemar...

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sebuah premis yang disyaki menyebabkan insiden...

Bekas Vokalis Kumpulan Popular...

SEORANG penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang pernah popular pada awal 90-an ditahan...

Sajat Terima Anugerah Tokoh...

NAMA pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat semakin dikenali bukan sahaja kerana produk keluarannya...

Salahuddin Terima Ugutan Bunuh, Suspek Kini Direman

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali, Ahad lepas.

Salahuddin yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Polis Ibu Pejabat Daerah Muar semalam, bagi membantu siasatan.

Katanya beliau tidak mengenali identiti suspek dan difahamkan, suspek telah ditahan reman pihak polis.

“Yang penting sekarang saya nak tahu apakah motif sebenar, saya tidak pernah berkelahi dengan orang, tidak bermusuh tapi tiba-tiba terima ugutan seperti ini,” katanya sambil menambah ia kali pertama perkara seumpama itu berlaku terhadapnya.

Terdahulu, timbalannya Sim Tze Tzin berkata, Salahuddin telah menerima ugutan bunuh berbentuk nota ugutan dan bangkai seekor anak lembu di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Simpang Jeram, Johor pada 2 Disember lepas.


Kementerian itu telah membuat laporan polis sebaik menerima ugutan itu. Katanya, pihak kementerian juga menunggu hasil siasatan polis bagi mengetahui motif sebenar suspek berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori