Saksi Tidak Iystihar Pinjaman AS$200,000 Dari Jho Low

KUALA LUMPUR – Datuk Amhari Efendi Nazaruddin tidak mengetahui bahawa tindakannya yang tidak mengisytiharkan AS$200,000 dipinjam daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho adalah satu kesalahan.

Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian bagi menjawab soal balas daripada peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari keenam perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Muhammad Shafee: Awak tidak isytihar pinjaman kepada kerajaan?

Amhari: Tidak.

Muhammad Shafee: Awak tahukan ia boleh menjadi satu kesalahan sekiranya awak tidak isytiharkannya?

Amhari: Saya tidak tahu.

Dalam keterangan sebelum ini, saksi kelapan itu mengakui bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho memberi pinjaman AS$200,000 bagi membantunya membeli sebuah rumah berharga RM1.85 juta pada 2010.

Menurutnya, ketika itu beliau cuba mendapatkan bantuan daripada ramai pihak termasuk Jho Low dan hanya lelaki itu membantunya bagi pembelian sebuah rumah di Kota Damansara. – UTUSAN ONLINE

Loading...