Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasatan Terperinci Kematian Pelajar...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu siasatan terperinci dilakukan berhubung kes kematian seorang...

Jari Kanak-kanak Tersangkut Pada...

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sebelum...

Pembantu Tadbir Serang Penyelia...

LIMBANG - Polis tahan seorang pembantu tadbir yang dipercayai cuba serang penyelianya dengan...

Misi Kayveas Mahu Jadikan...

JIKA Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terkenal dengan slogan 'Make America Great...

Saksi Lihat Bunga Api Meletup, Menuju Ke Arah Penonton

KLANG – Pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang di padang Kompleks Sukan Pandamaran di sini, malam tadi, terhenti seketika sebelum bunga api dilihat meletup dan mencederakan beberapa penonton yang berkumpul menyaksikan pertunjukan itu.

Perkara ini diceritakan seorang saksi kejadian, Nadia Hassan, 38, yang membuka gerai haiwan di fiesta berkenaan.

Lokasi gerai Nadia terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, letupan bunga api pertama berjalan lancar tanpa sebarang masalah, namun letupan kedua dan ketiga dilihat menuju ke arah penonton.

“Ketika itu, semua penonton berlari ke belakang untuk berlindung, banyak juga barang di gerai saya jatuh dilanggar penonton,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Saksi Lihat Bunga Api Meletup Dan Menuju Ke Arah Penonton

Pertunjukkan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program fiesta anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berlangsung dari 30 Disember hingga hari ini.

Selain pertunjukan bunga api, program-program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu antaranya, jualan gerai; food truck; persembahan badut; persembahan motosikal; senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.

Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung cedera iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak akibat terkena serpihan letupan bunga api.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.


Seorang lagi saksi, Radin Mohd Fasbillah, 18, yang bekerja di gerai sama pula berkata ketika kejadian, penonton pertunjukan bunga api dilihat dalam keadaan bersesak-sesak dan kedudukan mereka agak hampir dengan lokasi pertunjukan itu.

“Di hadapan gerai saya bekerja ini penuh dengan pengunjung, kedudukan gerai dengan lokasi pertunjukan bunga api dalam 20 meter.

“Bila bunga api itu mula tumbang semua orang lari bertempiaran, ada yang terjatuh,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati fiesta berkenaan diteruskan seperti yang dijadualkan dan para peniaga dilihat membuka gerai mereka seperti biasa.

Turut kelihatan para peserta program kayuhan santai basikal dan beberapa program lain yang disusun, berjalan seperti biasa.

Terdahulu, usaha Bernama untuk menemu bual mangsa yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, gagal apabila dimaklumkan petugas hospital bahawa kesemua mangsa telah dibenarkan pulang sejurus menerima rawatan sebagai pesakit luar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori