Saksi Kedua Kes SRC Disoal Balas Peguam Najib

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini dengan saksi ke-2 menyambung keterangannya.

Pegawai Penggeledah dari Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 49, akan disoal balas oleh peguam bela Najib, Harvinderjit Singh.

Semalam, Azizul Adzani yang terlibat dalam operasi BNM pada 6 Julai 2015 dalam serbuan di AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan telah menjawab beberapa soalan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Suhaimi Ibrahim.

Dalam keterangannya beliau menyatakan, sebanyak lapan dokumen dirampas termasuk empat akaun milik Najib, tiga akaun SRC International dan satu akaun milik Syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. selain tiga sampul surat.

Najib duduk tenang dikandang saksi sementara perbicaraan berlangsung dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sekitar jam 9.42 pagi. – Sinar Harian

Loading...