Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bina Patung Seks Tanah...

BIMBANG dengan musim kemarau yang melampau, penduduk kampung Baan Na, Phetchabun, Thailand terpaksa...

Ketua Pemuda PH Bidas...

SANGKAL... Malu Tun Dr. Mahathir Mohamad hina peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Hubungan Kerjasama KL- Abu...

ABU DHABI - Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan kerjasama tanpa had (sky...

Tiga Kes Bunuh, Polis...

HOUSTON, Texas – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membawa dua buah kotak selepas...

Saksi Diminta Kemuka Laporan Pengesahan Transaksi Cek

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dibicarakan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini, meminta saksi kelima pendakwaan mengemukakan laporan pengesahan berkaitan transaksi cek yang terdapat dalam sistem perbankan AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Harvinderjit Singh yang mewakili Najib selepas pendakwaan tidak membantah.

Terdahulu, Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek Ambank cawangan Jalan Raja Chulan Badrul Hisam Mohamad berkata beliau boleh mengemukakan laporan itu ketika diminta berbuat demikian oleh Harvinderjit.

Harvinderjit: Bolehkah anda memeriksa data anda untuk mengesahkan sama ada maklumat dalam akaun ini betul atau tidak

Badrul Hisam: Boleh

Hakim: Jadi, anda mahu beliau datang dan mengemukakan laporan itu kepada mahkamah

Harvinderjit: Ya.

Sebelum itu, Harvinderjit merujuk beberapa cek kepada saksi bagi mendapatkan pengesahan berkaitan kesahihan butirannya, termasuk nama penerima, tarikh dan nombor akaun.

Terdahulu, Badrul Hisam bersetuju dengan Havinderjit bahawa setiap cek perlu diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia sudah ditunaikan atau sebaliknya.


Beliau berkata jika terdapat cek yang ditolak, pihak bank akan mengeluarkan notis kepada pengeluar cek (bank).

“Urusan itu akan dibuat oleh pengurus bank dengan bahagian pemprosesan cek untuk menyelesaikan perkara itu. Kemudian pengurus bank akan memberitahu pemegang akaun berhubung penolakan cek,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan bersambung petang ini.

Kategori