Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perlu Dedah Kesan Sampingan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengeluarkan laporan pemantauan farmakovigilans berkaitan Program Imunisasi COVID-19...

Bekas Penjual Tiket Bas...

KUALA LUMPUR - Padah mengugut pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Ogos lalu,...

49 Projek Bernilai RM2.28...

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 49 projek pembangunan dengan kos keseluruhan...

Terowong Bawah Tasik Paling...

BEIJING : Sebuah terowong lebuh raya sepanjang 10.79 kilometer (km) dan berada di...

Sajat Sudah Didakwa Kerana Berpakaian Wanita?

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat didakwa sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada awal bulan ini atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Menurut sumber, Nur Sajat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Jangan Risau… Klik sini

Nur Sajat didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.


Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut sumber itu lagi, Nur Sajat dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari ini.

Sebelum ini tular di lama sosial, rakaman video yang memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan bergari. – myMetro Online

Kategori