Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MCA Fokus Isu Kenaikan...

BERHUBUNG kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,...

Doktor Kelahiran Malaysia Suka...

Seorang doktor pakar telinga kelahiran Malaysia yang menetap di Britain mempunyai tabiat menjelikkan...

Video: Wanita Lempar Anak...

RAKAMAN video memaparkan seorang gadis selamba ceria membunuh enam ekor anak anjing kembali...

RapidKL Perkenal Tren Generasi...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan rel negara melakar kejayaan baharu apabila RapidKL Sdn Bhd...

Sajat Nafi Menyorok Daripada JAIS, Pihak Berkuasa

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.

Menurut video berdurasi 2:21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial itu, Sajat menafikan beliau melarikan diri daripada pihak berkuasa.
“Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

“Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” katanya menerusi video berkenaan.

Nur Sajat mendakwa beliau mendiamkan diri disebabkan keadaan beliau yang tidak sihat.

“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya.


Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.

Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. – Sinar Harian

Kategori