Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wahab Buat Laporan Polis...

KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, mendedahkan...

369,280 Dos Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Trend pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatkan penurunan apabila sebanyak 369,280...

Pemburu Wanita Popular Bunuh...

PEMBURU wanita terkenal, Melania Capitan ditemui mati akibat bunuh diri selepas beberapa minggu...

‘Kenyataan Tony Pua Umpama...

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP,...

Sajat Mungkin Ada Di Luar Negara

NILAI – Usahawan Kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kemungkinan kini berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah berhenti mengesan lokasi sebenar Nur Sajat.

“Jika tidak silap saya, telah dinyatakan yang dia berada di luar negara. Ada berita nyatakan dia ada di luar negara.

“Tapi, kita masih lagi ‘monitornya’,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai (IPD) di sini pada Rabu.

Ditanya berkenaan kenyataan Nur Sajat yang polis tidak mencarinya kerana mempunyai urusan yang lebih penting, Huzir enggan mengulas lanjut namun menegaskan kes berkenaan masih dalam tindakan polis.

Baru-baru ini Nur Sajat menerusi rakaman ‘live’ di Instagram miliknya menafikan bersembunyi daripada JAIS dan pihak berkuasa.

“Masa bila kita nak jadi pelarian, buat apa nak jadi pelarian, masa bila saya menyorok dan saya bukan menyorok tetapi hanya mendiamkan diri daripada media sosial Instagram.

“Pihak polis tidak mencari saya kerana mereka mempunyai urusan yang lebih penting berbanding saya,” katanya dalam ‘live’ tersebut.


Susulan itu, dia menjadi buruan setelah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes di mahkamah.

Sementara itu, mengulas mengenai pengasas Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, dan ketua sindiket pengubahan wang haram terbesar, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang sedang diburu polis, beliau memberitahu ia masih dalam tindakan polis.

EU Boon dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam.

Nicky yang merupakan ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Lelaki berkenaan pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur empat tahun lalu. – Sinar Harian

Kategori