Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1 lagi Mayat Mangsa...

KOTA KINABALU - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui satu lagi mayat mangsa...

Anwar Akur Titah Sultan,...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akur...

Agong Terima Menghadap Putera...

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima...

Ibu Diserang Strok, Johan...

IBU kepada pelakon drama Juvana, Johan A'sari diserang strok kira-kira jam 12 tengah hari...

Saintis Temui Moyang T-rex Bersaiz Rusa

RALEIGH – Penyelidik di Amerika Syarikat mengumumkan penemuan satu spesies dinosaur baharu yang bersaudara dengan Tyrannosaurus rex (T-rex) tetapi cuma sebesar seekor rusa, lapor jurnal Communications Biology.

Ahli paleontologi Universiti Negeri Carolina Utara dan ketua paleontologi Muzium Sains Carolina Utara, Dr. Lindsay Zanno menjelaskan tyrannosaur primitif dari zaman Jurassic, 150 juta tahun lalu bersaiz kecil sahaja sementara T-rex dari zaman Cretaceous, sekitar 81 juta tahun lalu adalah pemangsa gergasi.

“Ahli paleontologi sudah lama bingung bila dan berapa cepat tyrannosaur primitif menjadi pemangsa yang begitu besar. Satu cara untuk memahami jurang ini adalah mengumpul data spesies penghubung antara kedua-duanya,” kata Zanno.

Spesies baharu tyrannosaur yang dinamakan Moros intrepidus itu hidup kira-kira 96 juta tahun lalu di sekitar negeri Utah dan cuma setinggi 1.2 meter dengan anggaran berat 78 kilogram.

Dinosaur tersebut adalah spesies tyrannosaur paling tua dari zaman Cretaceous pernah ditemui di benua Amerika Utara, merapatkan jurang kosong rekod fosil reptilia berkaki dua itu selama 70 juta tahun antara dua zaman tersebut.


“Nenek moyang T-rex itu ringan tetapi sangat laju. Reptilia itu mudah sahaja mengejar mangsanya dan pada masa sama mengelakkan konfrontasi dengan pemangsa lebih besar pada zaman tersebut,” tambah Zanno. – Agensi

Kategori