Saifuddin Enggan Buat Spekulasi Ganti Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung khabar angin yang mengatakan beliau akan menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, perkara itu di luar pengetahuannya dan tidak mahu mengulas lanjut.

β€œIa di luar pengetahuan saya. Saya tidak mahu buat apa-apa spekulasi,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan berhubung rombakan Kabinet yang dikatakan akan diumumkan Dr. Mahathir.

Selain Muhyiddin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut dikatakan terlibat dalam rombakan itu, namun portfolio yang akan dipegang oleh dua pemimpin tersebut tidak dinyatakan. – Sinar Harian