Sahruddin Sah Dilantik MB Johor Ke-17

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal sah dilantik selaku Menteri Besar Johor ke-17 berkuat kuasa hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyerahkan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, kenderaan rasmi kerajaan dinaiki beliau dilihat memasuki pekarangan istana pada pukul 8.45 pagi tadi.

Sahruddin, 43, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong dijadual mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Besar di pejabat Pakatan Harapan negeri, Kempas di sini. – K! ONLINE

Loading...