Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hukum Tarian Panama Jatuh...

ALAHAI... Selepas seluruh dunia tular dengan Gangnam Style dan Baby Shark sehingga menjadi fenomena...

Pat Perez Muncul Juara...

KUALA LUMPUR – Pemain Amerika Syarikat, Pat Perez muncul juara Kejohanan Golf CIMB...

301,699 Sudah Terima Dos...

KUALA LUMPUR - Seramai 301,699 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Menteri Mahu Bincang Turunkan...

Anthony Loke akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menurunkan tambang penerbangan bagi memudahkan...

Sahruddin Nafi Lepaskan Jawatan Menteri Besar Johor

KULAI – Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal hari ini menolak dakwaan dalam laman Facebook kononnya beliau akan melepaskan jawatannya disebabkan kegagalan menangani isu pencemaran di Pasir Gudang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu turut menyifatkan hantaran yang dimuat naik dalam media sosial mengenai dakwaan tersebut sebagai khabar angin.

“Pertama, itu adalah khabar angin dan kedua, siapa yang menyebarkannya?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Logo dan Maskot Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 di sebuah hotel di Senai, dekat sini hari ini.

Semalam, satu akaun Facebook iaitu Ops Johor memuat naik satu hantaran bertajuk ‘MB Johor akan lepaskan jawatan?’ dengan mendakwa dipercayai disebabkan kegagalan Sahruddin dalam menguruskan masalah pencemaran selain mendakwa menerima tekanan daripada pelbagai pihak yang kecewa dan sedih dengan pentadbiran Johor hari ini.

Kategori