Sahruddin Mula Tugas MB Johor Secara Rasmi

ISKANDAR PUTERI – Dr. Sahruddin Jamal hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar apabila memasuki pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Kota Iskandar pagi ini.

Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar ke-17 di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada pukul 9 pagi ini.

Ketibaan Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A. Rahim Nin.

Beliau kemudian dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar.

Loading...