Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BSN Beri Sumbangan 14...

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyerahkan sebanyak van jenazah bernilai hampir...

Jangkitan Baharu Menurun, 4,854...

KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu...

Guardini Catat Kemenangan Peringkat...

KUALA LUMPUR - Pelumba Astana Pro Team, Andrea Guardini mencatatkan kemenangan peringkat kali...

Pengawal Keselamatan Mengamuk: Pegawai...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat...

Sah TMJ Bukan Lagi Presiden FAM

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini mengambil keputusan sebulat suara menerima peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu juga sebulat suarat melantik Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga Kongres FAM ke-54 berlangsung pada 14 Julai 2018.

“Pemilihan presiden baharu akan diadakan pada tarikh tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM turut menerima cadangan Tunku Ismail untuk menamakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi mengisi jawatan Presiden FAM yang baharu dalam kongres tersebut.

Jelas kenyataan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM menaruh sepenuh keyakinan terhadap kredibiliti dimiliki Hamidin untuk menerajui FAM bagi baki penggal 2018-2021.


“Kertas pencalonan bagi pemilihan jawatan Presiden FAM itu telah mula diedarkan kepada semua 20 ahli gabungan FAM, hari ini dan mereka perlu menamakan calon pilihan sebelum atau pada tarikh akhir ditetapkan iaitu 11 Mei 2018,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC

Kategori