Sah Semua MP UMNO Serah Kuasa Runding

SAHIH… Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada surat akaun bersumpah yang beri kuasa kepada dirinya untuk runding kerjasama politik dengan parti luar Barisan Nasional (BN).

Langkah bersejarah itu yang melibatkan kesemua 51 Anggota Parlimen daripada parti berkenaan adalah bagi usaha membolehkan UMNO untuk kembali dapat meraih kuasa peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Pintu adalah terbuka” kata Zahid secara ringkas tanpa sebut parti mana yang UMNO hendak adakan rundingan berkenaan sekali gus bakal bentuk blok politik baharu yang dirujuk ramai pengamat politik sebagai BN versi 2.0.

Presiden UMNO itu menyatakan demikian kepada pemberita di Kuala Terengganu pada Sabtu ketika diminta mengulas dakwaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz mengenai wujudnya surat akaun bersumpah tersebut.

Keadaan itu mengakibatkan Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata bahawa beliau hendak turun bekempen bagi bantu calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson nanti.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Ahmad Zahid bagaimanapun menyifatkan cadangan Mohamad Nazri agar UMNO tidak bertanding dalam PRK Port Dickson hanya sebagai ‘ pandangan peribadi’ dan bukan pendirian parti tersebut.

Terkejut dengan ulasan ‘panas’ Mohamad Nazri untuk bantu Anwar, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan terima UMNO sertai gabungan aneh mereka itu.

Sebaliknya, Pengerusi PH tersebut dengan angkuh mendakwa ahli UMNO boleh secara individu keluar dari parti keramat terbesar Melayu Islam di dunia itu bebas jadi ahli dengan menyertai mana-mana parti gabungan PH.

Ia sebagai usaha terdesak PH yang resah ekoran kebelakangan ini UMNO telah mula jalin kerjasama dengan PAS dalam kempen PRK di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia sekali gus mengurangkan majoriti kemenangan PH.

Kerjasama itu diteruskan apabila pada Sabtu, Ahmad Zahid mengotakan janjinya dengan mengetuai pimpinan UMNO Pusat hadir pada majlis perasmian Muktamar PAS tahunan di Kuala Terengganu. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...