Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sejak 2015 Pampasan Insurans...

KEMAMAN - Sebanyak RM569,000 pampasan insurans bencana telah diagihkan kepada 569 mangsa banjir...

Dipaksa Kahwin Dengan Senapang...

Seorang wanita telah mendedahkan bagaimana dia dipaksa mengahwini sepupunya di Pakistan dalam keadaan...

Sultan Johor Mahu Exco...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...

Dua Lagi Penyelam Eropah...

MERSING : Dua lagi penyelam Eropah yang hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba...

Sah RM642 Juta Daripada Putera Faisal, Kementerian Kewangan Riyadh

KUALA LUMPUR – Terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara tersebut disahkan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Rosli yang juga pegawai penyiasat berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam salah satu akaun Ahli Parlimen Pekan itu yang berakhir dengan nombor 694.

“Ya, saya ada siasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694,” katanya menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib ketika pemeriksaan balas dalam perbicaraan hari ke-56 melibatkan bekas Perdana Menteri berhubung SRC hari ini.

Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukkan duit daripada Putera Faisal Al Turki? 

Rosli: Ada.

Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 juta? 

Rosli: Ya, lebih kurang.


Saksi pendakwaan ke-57 itu juga mengesahkan terdapat kemasukan wang sebanyak RM243 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi).

Dalam pada itu, saksi turut memberitahu tiada perbualan antara Najib dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Rosli berkata, ia adalah berdasarkan transkrip perbualan Blackberry Messenger yang diekstrak daripada telefon bimbit bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali bersambung petang ini.

Kategori