Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari ATM Ke-88...

PORT DICKSON – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang...

Rakyat Selangor Muak Dengan...

KLANG - Rakyat Selangor hari ini menyatakan perasaan muak kepada kerajaan negeri apabila...

Kadar Fi Program Rekalibrasi...

Putrajaya : Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar bayaran...

Pokemon Go Mungkin Muncul...

PETALING JAYA - Terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Pokemon Go akan muncul buat...

Safiey Illias Pun Bangga Sertai Cabaran 10 Tahun

TULAR… Usahawan kosmetik Safiey Illias turut sahut ‘Cabaran 10 tahun’ dari kalangan netizen apabila paparkan gambar lama beliau ketika tahun 2009 dengan wajahnya terkini.

Gambar yang dikongsi Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Illias kira-kira genap sedekad lalu merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahannya ketika berada di tingkatan dua sebuah sekolah berasrama.

Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu menetap di Felda Lakum, Lanchang, Pahang masih berambut pendek dan memakai kemas baju seragam sekolah pelajar lelaki sambil memegang sehelai sijil penghargaan.

“Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga apabila dapat menjadi diri sendiri. Tiada apa yang hendak disembunyikan,” kata Safiey pada hantaran yang dikongsi menerusi akaun sosial Instagram beliau hari ini.

Safiey sebenarnya merupakan pelajar cemerlang dengan pernah dapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, selain raih 8A ketika duduki Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.


‘Cabaran 10 tahun’ merupakan cabaran suka-suka yang dilakukan netizen di seluruh dunia dengan memaparkan perbezaan gambar wajah mereka 10 tahun lalu dan terkini melalui laman media sosial. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori