Safawi Tak Puas Hati, Akui Banyak Buat Silap

“SEJUJURNYA saya tidak puas hati dengan prestasi semalam,” ujar penyerang muda negara, Safawi Rasid selepas Malaysia terikat 2-2 dalam aksi…

“SEJUJURNYA saya tidak puas hati dengan prestasi semalam,” ujar penyerang muda negara, Safawi Rasid selepas Malaysia terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Vietnam pada Selasa malam.

Pemain Paling Bernilai (MVP) 2018 itu berkata, skuadnya banyak melakukan kesalahan kecil sehingga memberi kelebihan untuk pasukan lawan mendapatkan gol lebih awal.

“Saya gembira sebab Malaysia dapat buat come back selepas ketinggalan 2-0. Namun pihak lawan berjaya mendapatkan gol lebih awal kerana kami hilang fokus.

“Perlawanan semalam memang sengit, mereka pantas. Kami pula banyak buat kesalahan kecil,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Pada aksi di gelanggang sendiri, Vietnam memperoleh dua gol dalam masa singkat menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25. – Mstar