‘Sabah-Sarawak Merdeka’ Salah Guna Nombor Telefon UMNO

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat UMNO hari ini menafikan terlibat atau mempunyai apa-apa kaitan dengan laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang dikesan menggunakan nombor telefon rasmi Ibu Pejabat UMNO.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Ibu Pejabat UMNO tidak pernah mempunyai atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mewujudkan laman Facebook atau apa-apa media sosial berkaitan.

“Kami memandang serius perkara tersebut dan tindakan akan diambil dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tiada sebarang salah laku yang akan mencemar nama baik Ibu pejabat parti dan UMNO itu sendiri,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. – MediaUMNO

Loading...