Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Timbang Alat Sulit...

SEORANG lelaki yang mendakwa mempunyai alat sulit terbesar di dunia, telah menimbangnya di...

RUU 355: Siapa Antara...

PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang...

PAC & Isu 1MDB:...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau menuduh Yang Dipertua...

PM Ketuai Delegasi Ke...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia...

Sabah Memerlukan Lebih Ramai Hakim Mahkamah Rendah Syariah

KOTA KINABALU – Sabah memerlukan lebih ramai Hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk ditempatkan di beberapa daerah di negeri ini bagi memastikan kes berkaitan syariah dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) Datuk Jasri Matjakir berkata mahkamah syariah di Lahad Datu, Kinabatangan dan Semporna antara daerah yang tidak mempunyai hakim dan kini sedang dalam proses pelantikan.

“Ada (hakim) yang telah dicadangkan untuk ditauliahkan supaya mereka yang berpengalaman ini ditauliahkan sebagai hakim supaya dapat mendengar dan membicarakan kes yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pentauliahan kepada 17 Peguam Syarie baharu di Wisma Muis, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.

Jasri bagaimanapun berkata (pelantikan) itu masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan hakim mahkamah rendah syariah di negeri ini yang hanya mempunyai 13 hakim untuk mengendalikan kes di seluruh Sabah.

Dalam pada itu, Jasri berkata sehingga Okt ini, sebanyak 5,852 daripada 8,784 kes ‘mal’ (bukan jenayah) berjaya diselesaikan manakala 736 kes daripada 1,184 kes jenayah berjaya diselesaikan.


Sementara itu, Uda berkata JKSNS bakal mempunyai premis sendiri apabila Kompleks Mahkamah Syariah yang ​​​​​​​mula dibina pada November tahun lalu dijangka siap pada 2020.

Beliau berkata kompleks ​​​​​​​bangunan yang terletak berhampiran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu kini sedang dalam proses pembinaan yang bernilai kira-kira RM57 juta.

“Proses pembinaan sedang dijalankan dan mengikut seperti yang telah dijadualkan dan apabila siap nanti diharap akan dapat memberi keselesaan kepada kakitangan dan pelanggan yang menyelesaikan kes yang berkaitan,” katanya. -BERNAMA

Kategori