Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Dibuang Dalam...

BACHOK - Seorang lelaki menemukan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih...

Musim Panas Yang Melanda...

MUSIM panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini membawa rezeki dan rahmat kepada...

Gambar: Romantisnya Bulan...

PASANGAN romantis, Akim Ahmad dan isteri Stacy atau sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam...

Warga Emas Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam...

Saat Bersejarah, Muntah Selepas Lamar Kekasih

LELAKI ini mahu melamar kekasihnya dan bagi tujuan itu, dia telah menyewa sebuah helikopter untuk melakar detik-detik romantik dan bersejarah tersebut.

Kamera turut dipasang di dalam helikopter terbabit bagi merakamkan saat indah berkenaan.

Malangnya, sebaik sahaja Darrell Hamilton Junior yang berasal dari California ini melamar Rheanna Faye dan menerima jawapan `ya’, Darrell telah muntah kerana mabuk perjalanan.

Menurut Darrell, dia telah merancang saat terbabit selama setahun untuk memastikan Rheanna menerima lamarannya.

“Saya mula rasa loya dan nak muntah kerana naik helikopter ini. Juruterbang terpaksa membantu saya mencari kad yang tertulis `kahwini saya’.

“Saya cuba menahan rasa nak muntah. Walaupun perut saya ketika itu bergelora tetapi saya gagahkan juga untuk melamar sebelum terlambat,’’ katanya.


Ketika Rheanna tersenyum dengan lamaran itu, Darrell pula tanpa dapat menahan gelora dalam perut, telah muntah di atas kakinya sendiri.

Klip berkenaan telah dimuatnaik dalam media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Kategori