Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TH Perlu Distruktur Semula...

KUALA LUMPUR – Penstrukturan kewangan dan pengurusan lembaga Tabung Haji (TH) mestilah kembali...

Jambatan Kaca Tarikan Baru...

LANGKAWI - Crocodile Adventureland Langkawi, satu daripada kawasan tarikan pelancong di pulau peranginan...

Mangsa Banjir Di Alor...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Alor Gajah dekat...

Bekas Pemimpin PAS Hilang...

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Pakatan Harapan melalui Parti...

Saarani Dapat Sokongan Sebulat Suara

IPOH – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersetuju sebulat suara menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini.

Usul berkenaan dibawa Jamilah Zakaria (BN-Trong) semasa Persidangan Dewan Negeri hari ini di bawah Perintah Tetap 17(1) dan 17(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Berdasarkan perintah tetap itu, beliau mengemukakan bahawa Yang Dipertua Dewan mengguna pakai Perintah Tetap 80(2) yang dibaca bersama Perintah Tetap 13(1) dengan ini menggantungkan kuatkuasa Perintah Tetap 13(1) (f) dan (g) bagi membolehkan Dewan mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas pelantikan Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

“Dengan ini menyatakan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan beliau dan berikrar akan memberi kerjasama serta sokongan sepenuhnya terhadap Saarani bagi menggalas tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh amanah,” katanya.

Usul itu kemudiannya disokong Khairudin Abu Hanipah (BN-Belanja) dan diterima Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid atas kepentingan rakyat.

Ketika undian sokongan dibuat, semua ADUN yang hadir termasuk barisan pembangkang berdiri sebagai tanda menyokong.


ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga bekas Menteri Besar Perak bagaimanapun tidak hadir pada persidangan hari ini.

Semasa membahaskan asas usul berkenaan Jamilah memberitahu Sidang Dewan bahawa undi percaya berkenaan penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan.

“Di sinilah masanya untuk kita mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan seterusnya dapat meneruskan Belanjawan Perak 2021 supaya dapat diluluskan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori